Pemimpin Kita Lawan Ditindas Polis, Rakyat Harus Terus Bangkit Demi Perjuangan
- tankarhing
- May 12, 2015
- 1 min read
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN(AMK) Malaysia, Tan Kar Hing mengecam sekeras-kerasnya tindakan penangkapan dan tahanan reman selama tiga hari ke atas pemimpin utama Gabungan Kita Lawan Sdr. Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga merupakan Ketua AMK Malaysia dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Kata Kar Hing, ekoran daripada kejayaan Gabungan Kita Lawan menganjurkan himpunan aman pada 7 Mac yang lalu dengan kehadiran 10,000 rakyat Malaysia, pihak polis telah cuba untuk menekan gabungan anak muda ini melalui panggilan siasatan malah penangkapan serta ugutan untuk menyiasat pejabat gabungan itu. "Tanpa sekatan dan halangan daripada pihak polis, himpunan tersebut dengan jelasnya telah berjalan lancar dan seterusnya mendapat kepujian daripada pemantau dalam mahupun luar negara. Maka segala penyiasatan dan penangkapan adalah tidak rasional, tidak munasabah dan tidak berasas." Kar Hing menyifatkan tindakan pihak polis sebagai cubaan untuk menyekat kebangkitan rakyat yang menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahin serta keunduran Perdana Menteri Najib Razak. Baru-baru ini, selain daripada Nik Nazmi, pimpinan Kita Lawan seperti Fariz Musa(Penyelaras Jingga 13), YB Teo Kok Seong(Ketua DAPSY Malaysia), Ust Fakhrulrazi(Bendahari Pemuda PAS Malaysia) telah dipanggil oleh polis untuk hadir memberi keterangan. Kar Hing bertambah, ini jelas petanda bahawa penangkapan besar-besaran sedang bermula dan pihak Polis telah sekali lagi menjadi alat pemerintah bagi menindas suara rakyat. Maka, beliau menyeru supaya semua rakyat Malaysia turut memberi sokongan dan solidariti kepada pemimpin parti politik dan masyarakat madani yang ditindas, supaya perjuangan rakyat akan terus memara demi keadilan dan masa depan bersama. #KitaLawan

Comments