Ambulans Kerbau Bukti Kegagalan Kerajaan Menjaga Rakyat Sabah
- May 12, 2015
- 2 min read
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN(AMK), Tan Kar Hing menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah harus menyelesaikan masalah kemiskinan dan ketinggalan pembangunan infrastruktur di negeri Sabah dengan kadar segera khususnya dalam kaji semula kadar tuntutan royalti petroleum.
Beliau berkata, kami terkejut dengan kisah seorang penduduk berpenyakit di Kampung Niatang, Pitas yang bernama Bojong Mokiling yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan "Ambulan Kerbau" (Buffalo Ambulance) sebagai cara pengangkutan untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Ini seperti mana yang diliputi oleh surat khabar tempatan Daily Express.
"Binatang kerbau dijadikan pilihan tunggal penduduk di tersebut kampung yang terletak di bahagian utara negeri Sabah bagi tujuan menghantarkan pesakit dari halaman kampung ke jalan utama yang berjarak kira-kira 1.5km."
Beliau mengulas, negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar dan mewakili 10% penduduk Malaysia, akan tetapi 40% daripada rakyat negeri (negeri paling miskin) ini dikategorikan sebagai miskin serta tahap infrastruktur asas seperti jalanraya, perubatan dan pendidikan adalah masih tidak memuaskan dan jauh terpinggir.
"Nasib yang tertimpa ke atas pesakit tersebut amat mendukacitakan hati rakyat Malaysia, malah mungkin lebih ramai lagi isu yang sama berlaku di Sabah setiap hari."
Kar Hing juga selaku ADUN Simpang Pulai, Perak. Beliau berkata, tuntutan rakyat Sabah bukan meminta projek mega seperti pembinaan pusat beli belah di Kudat atau Koridor Pembangunan Sabah tetapi membina system rangkaian pengangkutan dan jalan raya yang elok untuk penduduk dan kanak-kanak.
Kar Hing berkata, negeri Sabah selama ini menjanakan sumbangan pendapatan yang besar kepada negara kita, tetapi tuntutan rakyat Negeri Sabah masih tidak direalisasikan sejak tahun 1976 hingga kini.
Beliau menggesa kerajaan persekutuan supaya mengkaji semula kadar tuntutan royalti petroleum seperti mana yang dituntut oleh negeri Kelantan dan Sarawak juga bagi pembangunan kemudahan asas.
Liputan asal: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=97317






Comments