Kesali Isu Pencemaran Pemprosesan Tayar Terpakai Gagal Diselesai, KEADILAN Melancarkan Kempen Tandat
- Nov 26, 2014
- 1 min read
Kesali dengan kegagalan kerajaan Negeri Perak menyelesaikan isu pencemaran udara oleh kegiatan pemprosesan tayar terpakai, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat akan melancarkan satu kempen tandatangan bersama Pertubuhan Penduduk Seri Tasik Botani serta Persatuan Penduduk Seri Bougainvillea Botani pada 30hb November(Ahad), jam 8:30 pagi di Eco Park Bandar Seri Botani.
ADUN Simpang Pulai YB Tan Kar Hing berkata, setelah hampir dua bulan selepas pihak kerajaan campur tangan dalam isu pemprosesan tayar terpakai, baru-baru ini aduan penduduk masih diterima bahawa terdapat pengusaha yang beroperasi seperti biasa terutamanya di kawasan Jalan Lahat Simpang Pulai.
“Memandangkan pihak kerajaan telah mengeluarkan notis penutupan sementara kepada semua premis berkenaan seawal penghujung bulan Oktober, ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa harus mempertingkatakan lagi usaha penguatkuasaan dan mengambil langkah yang lebih tegas untuk mengelakkan kilang-kilang pemprosesan yang tanpa lesen ini daripada terus bermaharaja”
Beliau berkata, dalam perkembangan terkini Kerajaan Perak telah memberikan tempoh tiga bulan kepada pengusaha tayar terpakai untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi. Namun pendirian KEADILAN dan persatuan penduduk adalah jelas dan tegas, bahawa kerajaan perlu memastikan tiada mana-mana pengusaha yang beroperasi selagi isu pencemaran belum diselesaikan.
Kar Hing mengulas, kempen ini merupakan suatu inisiatif dan usaha bersama pertubuhan penduduk kawasan yang turut menjadi mangsa isu pencemaran ini. Orang ramai disarankan hadir bersama untuk memberi sokongan dalam mempertahankan hak untuk mendapatkan persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada bahan bertoksik.






Comments