top of page
Search

Pendakwaan Akta Hasutan Menindas Kebebasan Rakyat, Kar Hing Mengecam Amalan “Tukar Gari” atas Aktivi

  • tankarhing
  • Sep 29, 2014
  • 2 min read

ADUN Simpang Pulai YB Tan Kar Hing mengecam tindakan pihak polis yang melakukan penahanan semula melalui amalan “tukar gari” terhadap aktivis Ali Abdul Jalil yang dituduh bersalah mengikut Akta Hasutan. Beliau menggesa supaya Ali Abdul Jalil dihadap ke mahkamah atau dibebaskan dengan segera kerana alaman “tukar gari” jelas menyalahguna kuasa dan melanggar hak asasi tertuduh.

Menurut Kar Hing, Ali Abdul Jalil mula didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menghina Sultan Johor. Walau bagaimanapun, setelah Ali mengaku tidak bersalah dan diikat jamin, beliau telah ditahan semula secara berterusan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Johor Bahru Seletan dan Nusajaya masing-masing.

“Setakat ini Ali telah ditahan sebanyak empat kali dan didakwa sejumlah lapan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Penahanan semulanya secara berterusan dilihat sebagai tidak munasabah dan berunsurkan intimidasi” kata Kar Hing dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari ini.

Beliau bertambah, tindakan kerajaan yang menindas kebebasan bersuara rakyat melalui pendakwaan besar-besaran di bawah Akta Hasutan baru-baru ini melibatkan bukan sahaja pemimpin parti pembangkang, malah termasuk pelajar, mahasiswa, aktivis, wartawan, ahli akademik dan sebagainya. Beliau berpendapat bahawa pentadbiran bersifat kuku besi yang cuba kuasai minda rakyat dan tutup suara kritikan dalam era informasi ini adalah hampir tidak mungkin.

Kar Hing juga memperingatkan bahawa Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tarikh 28 Oktober untuk pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Pembangkang Parlimen Dato Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga merupakan salah seorang mangsa dalam pendakwaan besar-besaran Akta Hasutan kebelakangan ini dan keputusan rayuan kes tersebut sudah pasti akan membawa impak yang besar terhadap perkembangan politik Negara.

Kar Hing menyarankan rakyat Malaysia agar tidak berdiam diri terhadap ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku di tanahair. Sebaliknya, rakyat harus bersatu padu demi mempertahankan hak asasi dan memperkasakan ruang demokrasi di negara ini.

ali 3.jpg
ali.jpg

 
 
 

Comments


Who's Behind The Blog
Recommanded Reading
Search By Tags
Follow "ME" @tankarhing
  • Facebook Basic Black
  • Facebook App Icon
  • Twitter Basic Black
  • Instagram Basic Black
  • YouTube Basic Black

Tan Kar Hing

陈家兴

Adun Simpang Pulai

Naib Ketua AMK Pusat

新邦波赖州议员

青年团全国副团长

Tan Kar Hing

陈家兴

Adun Simpang Pulai

霹雳新邦波赖州议员

NaikKetua AMK Pusat

青年团全国副团长

Follow ME @tankarhing
  • Facebook Basic Black
  • Facebook App Icon
  • Twitter Basic Black
  • YouTube Basic Black
  • Instagram Basic Black
Recommended Reading
Alternative Media
Tag
Feedback

Your details were sent successfully!

Donate to us

Sumbangan kepada

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simpang Pulai

CIMB Bank No: 86-0121739-7

Follow me @tankarhing

  • Facebook Clean
  • Facebook App Icon
  • Twitter Clean
  • YouTube Clean
  • Instagram Clean

Sumbangan kepada

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simpang Pulai

CIMB Bank No: 86-0121739-7

© 2014 by "@tankarhing"

bottom of page